smile

Shoutul Harokah-Palestina tercinta

Wednesday, June 30, 2010

semester baru

semester baru sahaj bermula pada minggu nie... ape perancangan anda untuk 6 bulan... apa matlamat yang hendak anda capai pada 6 bulan nie? di harapkan yang terbaik untuk semua dan diharapkan dipermudah oleh tuhan yang maha esa....

program pertama bagi kelab i rakan untuk sem nie adalah malam keseniaan amal di festival usahawan islam bertempat di unisel bestari jaya....
festival nie dirasmikan oleh timbalan naib canselor iaitu prof madya haji zainal abidin bin kidam
alhamdulilah telah selamat berlansung pada isnin malam khamis di pentas festival
festival ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang betapa pentingnya perniagaan... sesuai dengan konsep islam itu syumul atau meluas, islam telah mengatakan bahawa 9 per 10 rezeki itu daripada berniaga...mengikut sirah nabi muhammad s.a.w.
baginda telah berniaga ke syam dengan bapa saudara baginda kemudiannya telah berniaga pula dengan bakal isteri baginda iaitu siti khadijah...
sahabat nabi yang mana apabila berhijrah dari mekah ke madinah tanpa membawa apa-apa harta, telah berjaya memajukan diri dan islam itu sendiri... sahabat nabi yang diperkatakan adalah abdul rahman bin aus
yang mana apabila abdul rahman sampai ke madinah beliau tidak menunggu orang memberikan beliau harta tetapi menyakan `tunjukkan aku diman terletaknya pasar?"
majlis perasmian juga diceriakan dengan artis jemputan iaitu renggo arrow

selasa malam rabu pula festival diteruskan dengan malam kesenian islam
islam tidak menghalang untuk berhibur tetapi mempunyai hadnya
pada malam ini juga kelab i-Rakan telah melancarkan kempen kami perihatin yang telah di rasmikan oleh presiden i-Rakan saudara shardiansha bin shamsuddin
kempen ini menuntut untuk menjadikan kampus sejahtera, seiring dengan keganasan
yahudi laknatuallah yang telah menyerang kapal kemanusian yang manghantar makan dan juga keperluan lain...
ini bertujuan membuka minda mahasiswa untuk melihat dunia luar
terima kasih kepada yang telah memberi sokongan kepada kempen ini
kami akan meneruskan usaha untuk menyampai suara anada keperingat yang tertinggi doakan kekuatan kami semua....

Thursday, June 17, 2010

2 minggu yang memenatkan

Sejarah bakal terukir dalam kisah hidup ini..... ary isnin 14/6 chek in kat unisel bagi satu program yang panjang dan pertama dalam diri ini.... persoalannya adakah ia akan menjadi pengalaman pahit atau sebaliknya..... 14/6 pada pukul 2.30 mendaftar sebagai fasilitator minggu tekad siswa (FMTS).....pd malam nya perjumpaan pula dengan mpp untuk pengenalan majlis tertinggi program, kemudiannya memberi pembahagian tugas atau biro masing.....terdapat lebih kurang lapan biro semuanya.....dan daku sebagai biro sahsiah.....seorang yang baru dalam program yang besar dan mungkin menerima peserta seramai 1200 orang...... adakah itu ramai? anda sahaja yang tahu jawapannya......

Hari kedua telah di kerahkan untuk pergi ke program kerajaan negeri, biasalah kalau dah belajar di universiti negeri yang pertama perlulah ikut segala program yang dijalankan... kursus yang santai dan memerlukan fokus yang lebih bagi insan yang lemah ini.....hem.... satu pengalaman yang menarik yang akan menjadi satu cerita di usia tua... adakah sahabat pernah mengikuti sesuatu program? jika ya, apakah yang anda dapat dari progam tersebut? manusia tidak akan berubah selagi dia tidak mengubah diri sendiri... itulah perkataan yang dapat di ungkapkan sebagai pedoman hidup dan tazkirah kepada kita yang sering lupa akan tuhan yang maha esa...

Saya ada satu soalan yang ingin di kongsikan bersama pembaca sekalian... jika anda seorang yang beragama islam apakah yang anda inginkan didalam satu2 program? pandangan saya, saya inginkan yang terbaik untuk peserta itu dan tak ingin cacat cela berlaku dalam program itu... tapi yang memuskilkan ade yang membantah niat suci ini... mereka ini buta atau apa? kami ingin memberi gred A+ tetapi mereka masih mahukan C yang tiada apa2 makna jika dibandingkan dengan A+.... mereka tidak memikirkan yang positif.... saya memberi sedikit nasihat kepada yang berkenaan dan keputusannya mereka menerima dengan cara yang salah.... saya tidak memaksa untuk satu perkara yang sudah tahu halal dan haram... jika mereka mempunyai cara yang lebih baik atau sudah cukup amal go ahead.... tidak mungkin saya akan bergaduh untuk perkara yang leceh.... ade yang mengatakan kami kolot, tapi apabila ada masalah mereka inginkan kami jua.... ambillah sifat buang batu beri bunga... asas kepada social yang baik....

Kesimpulannya, kursus yang diadakan di ampang pecah adalah yang terbaik. Terima kasih pada yang telah terlibat dan menjayakan kursus tersebut....