smile

Shoutul Harokah-Palestina tercinta

Friday, October 15, 2010

Rindu...rindu....rindu...



hem.... dah lame tak tulis kat blog niew... rase cam deh setahun kowt tak post ape2....
apekan daye masih takde minat nak tulis kisah hidup kat dalam niew.... tunggu jela sampai
seru baru ar bleh tulis.... tapi alhamdulilah ary niew ade gak rase nak tulis... niew pown lepas
tgk kawan nyew blog sume dah update.... rase blog aq niew bile nak update..
sape nak tlg updatekan?.....
tahun niew dah nak 1 tahun 3 bulan aq study kat universiti
banyak gak yang mengubah hidup niew....
ade yang buruk n baik....
tapi hope sume nyew baik2 blake...
mase bln 5 n 6, ramai membe2 yang dah masuk u....
alhamdulilah dapat gak masuk u kan....
tapi ade yang aq tak sangka, sahabat aq sowang niew dapat gak pegi al-azhar
hebat tul.... harap korang sume gembira kat sane...
blaja la sambil melancong....
abis la awal n balik awal....
kalau kita blaja kerana nak keje
xkan kemane punyew ilmu ue
tapi mari kita betulkan niat kat ati
supaya ade keberkatan drpdNYA
tgk2 fesbuk kawan, rase rindu lak nak jumpakan
ayat biase ar...
tp serius la....
bila lg nak jumpa korang niew
suatu ary kowt....

k ar stakat ini jew kalam....
harap dapat bertemu pada waktu n masa yang lain


Wednesday, June 30, 2010

semester baru

semester baru sahaj bermula pada minggu nie... ape perancangan anda untuk 6 bulan... apa matlamat yang hendak anda capai pada 6 bulan nie? di harapkan yang terbaik untuk semua dan diharapkan dipermudah oleh tuhan yang maha esa....

program pertama bagi kelab i rakan untuk sem nie adalah malam keseniaan amal di festival usahawan islam bertempat di unisel bestari jaya....
festival nie dirasmikan oleh timbalan naib canselor iaitu prof madya haji zainal abidin bin kidam
alhamdulilah telah selamat berlansung pada isnin malam khamis di pentas festival
festival ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang betapa pentingnya perniagaan... sesuai dengan konsep islam itu syumul atau meluas, islam telah mengatakan bahawa 9 per 10 rezeki itu daripada berniaga...mengikut sirah nabi muhammad s.a.w.
baginda telah berniaga ke syam dengan bapa saudara baginda kemudiannya telah berniaga pula dengan bakal isteri baginda iaitu siti khadijah...
sahabat nabi yang mana apabila berhijrah dari mekah ke madinah tanpa membawa apa-apa harta, telah berjaya memajukan diri dan islam itu sendiri... sahabat nabi yang diperkatakan adalah abdul rahman bin aus
yang mana apabila abdul rahman sampai ke madinah beliau tidak menunggu orang memberikan beliau harta tetapi menyakan `tunjukkan aku diman terletaknya pasar?"
majlis perasmian juga diceriakan dengan artis jemputan iaitu renggo arrow

selasa malam rabu pula festival diteruskan dengan malam kesenian islam
islam tidak menghalang untuk berhibur tetapi mempunyai hadnya
pada malam ini juga kelab i-Rakan telah melancarkan kempen kami perihatin yang telah di rasmikan oleh presiden i-Rakan saudara shardiansha bin shamsuddin
kempen ini menuntut untuk menjadikan kampus sejahtera, seiring dengan keganasan
yahudi laknatuallah yang telah menyerang kapal kemanusian yang manghantar makan dan juga keperluan lain...
ini bertujuan membuka minda mahasiswa untuk melihat dunia luar
terima kasih kepada yang telah memberi sokongan kepada kempen ini
kami akan meneruskan usaha untuk menyampai suara anada keperingat yang tertinggi doakan kekuatan kami semua....

Thursday, June 17, 2010

2 minggu yang memenatkan

Sejarah bakal terukir dalam kisah hidup ini..... ary isnin 14/6 chek in kat unisel bagi satu program yang panjang dan pertama dalam diri ini.... persoalannya adakah ia akan menjadi pengalaman pahit atau sebaliknya..... 14/6 pada pukul 2.30 mendaftar sebagai fasilitator minggu tekad siswa (FMTS).....pd malam nya perjumpaan pula dengan mpp untuk pengenalan majlis tertinggi program, kemudiannya memberi pembahagian tugas atau biro masing.....terdapat lebih kurang lapan biro semuanya.....dan daku sebagai biro sahsiah.....seorang yang baru dalam program yang besar dan mungkin menerima peserta seramai 1200 orang...... adakah itu ramai? anda sahaja yang tahu jawapannya......

Hari kedua telah di kerahkan untuk pergi ke program kerajaan negeri, biasalah kalau dah belajar di universiti negeri yang pertama perlulah ikut segala program yang dijalankan... kursus yang santai dan memerlukan fokus yang lebih bagi insan yang lemah ini.....hem.... satu pengalaman yang menarik yang akan menjadi satu cerita di usia tua... adakah sahabat pernah mengikuti sesuatu program? jika ya, apakah yang anda dapat dari progam tersebut? manusia tidak akan berubah selagi dia tidak mengubah diri sendiri... itulah perkataan yang dapat di ungkapkan sebagai pedoman hidup dan tazkirah kepada kita yang sering lupa akan tuhan yang maha esa...

Saya ada satu soalan yang ingin di kongsikan bersama pembaca sekalian... jika anda seorang yang beragama islam apakah yang anda inginkan didalam satu2 program? pandangan saya, saya inginkan yang terbaik untuk peserta itu dan tak ingin cacat cela berlaku dalam program itu... tapi yang memuskilkan ade yang membantah niat suci ini... mereka ini buta atau apa? kami ingin memberi gred A+ tetapi mereka masih mahukan C yang tiada apa2 makna jika dibandingkan dengan A+.... mereka tidak memikirkan yang positif.... saya memberi sedikit nasihat kepada yang berkenaan dan keputusannya mereka menerima dengan cara yang salah.... saya tidak memaksa untuk satu perkara yang sudah tahu halal dan haram... jika mereka mempunyai cara yang lebih baik atau sudah cukup amal go ahead.... tidak mungkin saya akan bergaduh untuk perkara yang leceh.... ade yang mengatakan kami kolot, tapi apabila ada masalah mereka inginkan kami jua.... ambillah sifat buang batu beri bunga... asas kepada social yang baik....

Kesimpulannya, kursus yang diadakan di ampang pecah adalah yang terbaik. Terima kasih pada yang telah terlibat dan menjayakan kursus tersebut....


Wednesday, April 14, 2010

Merenung Sejenak


Hari ini kita dapat bernafas tanpa perlu alat pertolongan yang sering kita lihat di hospital, hari ini kita dapat berjalan tanpa perlu tongkat atau kereta sorong yang akan membantu, hari ini kita dapat melihat tanpa perlu memakai kaca mata atau alat bantuan yang perlu di bawa kemana sahaja dengan sebab untuk membaca sahaja, hari ini kita mempunyai tangan yang dapat kita gunakan untuk makan minum menyelak buku ilmiah dan lain-lain, hari kita dapat makan dari makan yang sedap tanpa perlu bersusah payah untuk mencarinya, kita dapat makan dengan menggunakan mulut tapi sejauh manakah kita bersyukur setelah apa yang kita dapat selama kita hidup ini...kalau yang sudah berumur 17 tahun, berapa kalikah kita bersyukur.... cukupkah satu hari satu kali kita bersyukur.... MANUSIA SELALU LUPA UNTUK MEMIKIRKAN TENTANG PERKARA YANG MUDAH tapi lebih suka untuk memikirkan perkara yang susah dan lagi menyusahkan... bila masa kita hendak berubah dari keburukan kepada kebaikan... orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati....ayat itu mung selalu kita dengar di stesen radio di malaysia dan sejauh manakah kita memahami maksud ayat ini... kenapa perlu ingat mati? apakah hubungan antara mati dan orang yang bijak? cuba anda fikirkan.... sebelum kita dapat melihat, menghirup udara dan lain-lain... seseorang itu telah berjanji untuk taat setia kepada tuhan yang esa iaitu ALLAH SUBHANAHUATAALA... tapi kenapa masih ada lagi yang kafir? setiap bayi yang baru lahir itu adalah suci ibarat kain putih...suci daripada kekotoran bergantung kepada ibu bapanyalah untuk mencorakkan kepada islam, majusi, yahudi atau kristian.... kita sepatutnya bersyukur kerana di lahirkan didalam keluarga islam...kita hidup dalam aman dan damai... apakah sumbangan anda kepada seseorang yang telah membantu anda untuk sampai sejauh ini? islam tanpa anda tidak ada apa-apa kesan tapi kalau anda tanpa islam umpama jalan yang gelap gelita tanpa satu cahaya pun... islam itu adalah agama yang selamat, didalamnya ada bermacam-macam perkara yang cantik yang dapat kita kaji sehingga kehari ini. Ilmu tuhan tidak akan habis jika dakwat yang digunakan adalah 7 air lautan. Para saintis hari ini menkaji tentang apa yang telah terdapat dalam Alquran yang mana Alquran di bukukan lebih 1400 tahun dahulu. sekian untuk kali ini...terima kasih kepada yang membaca... ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang sudah mati....